pengenalan



BAKERY KINGDOM merupakan web yang berkongsi kepada para pembaca tentang asas-asas produk bakeri. Ianya memberikan peluang kepada para pembaca untuk cuba menghasilkan produk bakeri sendiri.




Selain itu, setiap video dan tips yang dipaparkan di web ini dapat dijadikan panduan kepada setiap para pembaca untuk mendapatkan hasil bakeri yang diingini.Bakeri adalah merupakan tempat / kilang / perusahaan / premis yang menghasilkan produk berasaskan tepung dan kemudian dibakar, didalam ketuhar moden mahupun secara tradisional. Contoh- contoh produk bakeri ialah roti, kek, pastri dan pai. Pembuatan produk bakeri telah bermula sejak manusia mengenali gandum sebagai bahan makanan. Bahan- bahan asas untuk penghasilan produk bakeri juga tidak banyak berubah walaupun teknologi pembuatan telah berubah dari masa ke semasa.